Wednesday, March 11, 2009

Info Awan....

mesti tak org x menyedari mengenai apa yg di atas kita nak? maksuk sy awan ya.....awan nie banyak kepentingan dlm hdp manusia...tanpa awan tidak wujudlah hujan2 nie....so di bawah info mengenai awan kk.......

Pembentukan awan berlaku hampir keseluruhannya pada bahagian bawah atmosfera yang dikenali sebagai Troposfera. Awan terbahagi kepada dua kumpulan besar : iaitu yang berbentuk kumulus (cumiliform) dan yang berbentuk berlapis-lapis(stratiform). Saiz, bentuk dan warna awan berubah mengikut kandungan kelembapan dan kesetabilan atmosfera. Atmosfera pada amnya dibahagi kepada tiga peringkat didifinasikan mengikut garis lintang, paras ketinggian dan kekerapan kewujudan awan-awan tertentu seperti berikut...


Terdapat 10 genera awan. Enam daripadanya tergolong ke dalam peringkat-peringkat tersebut diatas seperti berikut:
Awan peringkat rendah : Stratokumulus dan stratus.
Awan peringkat pertengahan : Altokumulus.
Awan peringkat tinggi : Sirus, Sirokumulus, dan Sirostratus.


Genera selebihnya tidak tergolong kedalam peringkat – peringkat tersebut diatas sepenuhnya. Awan-awan ini mempunyai kecenderungan mengembang dari satu peringkat ke peringkat lain seperti berikut:

Altostratus biasanya terjadi pada peringkat pertengahan tetapi boleh mengembang ke peringkat tinggi.
Nimbostratus berkembang dari peringkat pertengahan ke peringkat tinggi dan rendah .
Awan-awan Kumulus dan Kumulonimbus lazimnya mempunyai tapak di peringkat rendah tetapi mengembang ke peringkat pertengahan dan tinggi.

Gambar-gambar awan berikut diambil di Semenanjung Malaysia, kebanyakannya di Negeri Selangor pada bulan Mei, Jun dan Julai 2002. Warna kekuningan oren sesetengah awan adalah disebabkan pemantulan sinaran suria pada waktu matahari terbit atau matahari terbenam. Gambar-gambar ini tidak meliputi semua genera tersebut diatas tetapi akan ditambah dan/atau disemak semula dari masa kesemasa dan diganti dengan gambar-gambar awan lain berserta komen yang dapat diperolehi untuk memaparkan keadaan cuaca dan pola awan berkaitan di Malaysia
satu pandangan jarak jauh deretan awan Kumulonimbus (Cb) di Selat Melaka

Awan-awan ini tinggi berwarna putih / gelap. Tapaknya terletak pada ketinggian kira-kira 1000 kaki manakala puncaknya boleh mencapai ketinggian melebihi 35000 kaki. Pembentukan deretan awan ini merupakan satu ciri biasa pada awal pagi Monsun Barat Daya. Kedudukan Sel-sel Cb yang begitu rapat menyebabkan awan-awan itu kelihatan bersambung. Warna kuning keemasan itu disebabkan pantulan sinar suria pagi yang sedang terbit di timur. Awan nipis berbentuk topi kelihatan diatas puncak awan Cb menunjukan kewujudan udara stabil mengalir diatas puncak awan itu (Cb). Awan-awan Cb ini kerap bergerak masuk ke pedalaman melalui kawasan pantai pada peringkat akhir Monsun Barat Daya. Apabila ketidakstabilan atmosfera mencapai lebih tinggi, awan-awan ini membawa hujan lebat dan ribut petir kepada kawasan terlibat.
Ini adalah satu pandangan jarak dekat awan (Kumulus Kongestus) yang sedang berkembang aktif pada lewat pagi dan awal petang disebabkan pemanasan permukaan tanah dan perolakan. Awan-awan itu kelihatan seperti ‘popcorns’ dengan tepian nyata(clear outline). Warnanya putih pada puncak kerana semua gelombang sinar suria dipantulkan pada kadar yang sama. Warna gelap itu disebabkan oleh penembusan terhad sinar suria dan juga kadar serapan yang bertambah terhadap gelombang selebihnya kerana titisan air besar. Dengan kandungan kelembapan dan penaikan udara mencukupi, awan-awan ini tumbuh tinggi dan menghasilkan hujan panas. Dalam keadaan ketidakstabilan udara yang mendalam, ribut petir berlaku pada waktu petang atau lewat petang.

Kumulus humilis ialah sejenis awan berwarna putih dengan ketinggian terhad. Songsangan suhu pada paras atas atmosfera menghalang pertumbuhan terus awan lalu berlaku penghamparan yang menyebabkannya kelihatan memanjang. Rupa serabut puncak awan dan langit biru menunjukan kewujudan udara kering diatas awan.(rujuk gbr di bawah)


KUMULUS HIMILUS

Stratokumulus(Sc) ialah awan berwarna kelabu/putih yang terjadi apabila bahagian puncak awan kumulus yang terbentuk pada waktu petang menghampar dibawah songsangan suhu. Awan-awan ini terjadi pada lewat petang dan senja apabila atmosfera mula menjadi stabil. Warna kekuningan muda adalah disebabkan pantulan sinaran suria pada waktu senja. Stratokumulus juga akan boleh terjadi tanpa penghamparan awan kumulus

Frakto kumulus ialah awan putih berupa cebisan kain koyak. Ini boleh adilihat pada bahagian atas gambar. Kumulus cuaca cerah (Fair weather cumulus) yang juga kelihatan putih kecuali pada bahagian bawah dimana warnanya kegelapan sedikit, mencapai ketinggian terhad seperti dibahagian bawah foto. Kejadian kedua - dua jenis awan ini menunjukan kewujudan atmosfera kering.

kumulus




Frakto stratus ialah awan berupa cebisan kain koyak terbentuk dalam udara lembab bergelora pada paras rendah atmosfera selepas hujan. Warna kekuningan muda latar belakang adalah disebabkan oleh pantulan sinaran suria waktu senja oleh sirrostratus yang terjadi selepas aktiviti ribut petir pada waktu petang.


toklah antara awan2 yg terdapt di atas nun...blum hns gik penerangan tok sbnr nya...tp bia la kitak org paham2 kan dolok awan tok...kelak sy akan upd agik mengenai awan2 tok

besa da nyiorrrrr tokk


BESAR. Jarang kita melihat buah kelapa sebesar dua biji bola sepak.
Bagaimanapun, Abdul Razak Abdul Rani, 58, dari Kampung Tanah Liat di sini, mempunyai sebiji buah kelapa besar yang diambil di Tasek Gelugor, Bukit Mertajam, baru-baru ini."Inilah kali pertama saya melihat sebiji buah nyior luar biasa. terkejut saya melihatnya," katanya kepada Kosmo! di sini, semalam.Menurutnya, dia dan rakannya sebelum ini pergi mencari kelapa milik seorang penduduk di Tasek Gelugor sebagai persiapan untuk membuat ketupat sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri 28 September lalu.
"Semasa sedang mencari kelapa itu, sebiji daripada buah yang kami temui agak luar biasa berbanding dengan buah kelapa lain," katanya.Setelah dibawa balik ke rumah, ramai penduduk sekitar datang melihat buah kelapa itu
besa da nyior tok...mun nimpa palak x ku tauk....bkn nya bimcut agik kohh....mati kali

Tuesday, March 10, 2009

kebesaRan Tuhan


Subhanallah, Sebatang pokok senduduk dengan berbentuk huruf jawi Alif,Lam,Lam,Ha atau ejaan ALLAH.

Betapa terer nya Sir Alex memasak

Sir Alex tgh memasak....


SIR Alex Ferguson knows more than just serving up a winning recipe on the football pitch.
Man United legend Denis Law seems delighted with the dish Fergie prepared for him in a new role as a chef.


The two Scots joked as United manager Fergie, wearing hygienic blue gloves, served a steak and fois gras.
The pals were filmed for a cookery programme called Red Devils Kitchen on club channel MUTV

KERTA PDRM yG terkiNi







siap helang lebuhraya POLIS agik ya...siap sapa kaki lumba ya...


toklah view kerta pdrm yg tebaru...tok mun motor x alang2 xboh jak...coz model nya mistsubishi lancer evo 10..mun x silap la.....
stail da jak ooo
dipetik dr www.ohbulan.com.