Sunday, February 15, 2009

ular Besar Muncul di Sibu


Saya telah membaca mengenai berita ini di dalam UTUSAN SARAWAK Rabu 11/02/2009
dan ditulis oleh : IBRAHIM GANI..

Berita misteri tersebut adalah mengenai seekor ular besar yang ditangkap gambarnya semasa sedang merentasi Sungai Baleh di Sibu Sarawak. peristiwa ini berlaku semasa sekumpulan petugas banjir melalui sungai tersebut menggunakn heli...
Sama ada mahu percaya atau tidak terpulang kpd anda semua...

Pengenalan Bumi


Bumi dikenali sebagai “al-ardhu” dalam bahasa arab dan “earth” dalam bahasa Inggeris. Ia merupakan planet ketiga dari matahari selepas planet Utarid dan Zuhrah dalam sistem suria.
Dijangkakan bumi telah berusia selama 4,600 juta tahun. Bentuk bumi adalah ellipsoid iaitu bulat tetapi leper sejarak 133 km di kedua-dua sisinya. Jejari bumi di khatulistiwa ialah 6378.14 km dengan ukur lilitnya 40 084 km dan mempunyaigaris pusat sepanjang 12,756 kilometer.

Asal Usul Kejadian

Menurut ahli falsafah Yunani bernama Anaximenes (585-528 SM), mengatakan bahawa
alam semesta berasal dari udara yang berkumpul, lalu padat menjadi awan. Awan yang cair menjadi hujan manakala awan yang beku pula menjadi tanah dan batu, iaitu bumi. Kejadian matahari, bulan dan bintang pula wujud dari wap bumi. Wap yang keluar dalam bentuk api telah
membentuk matahari. Bumi berbentuk datar seperti meja dan ia ditampung oleh udara. Dalam kajian kosmologi moden, kejadian alam semesta adalah hasil daripada teori letupan besar dan teori keadaan mantap. Menurut ahli astronomi Belgium bernama George Lemaitre pada tahun 1927, alam semesta ini sedang bergerak menjauhi di antara satu sama lain disebabkan letupan besar yang telah berlaku pada satu jisim mampat, kira-kira 15 ribu juta tahun dahulu. Berdasarkan teori ini, serpihan jisim selepas letupan besar yang berlaku telah mewujudkan galaksi, planet, debu-debu angkasa dan segala khazanah alam setelah mengalami pelbagai proses. Kesemua jisim tersebut masih lagi bergerak ke seluruh pelusuk alam hasil tenaga dari letupan tersebut.

Dari segi kepercayaan tauhid, sesuatu selain dari Allah S.W.T. mesti ada awal dan akhir. Walau apa pun teori ten-tangnya, hendaklah diyakini bahawa alam ini bersifat ‘baharu’ iaitu bermulanya dengan tiada dan berakhirnya juga dengan tiada. Persoalan untuk mengetahui asal kejadian alam tidak akan dapat diselesaikan tanpa kita berpegang kepada sunnatullah. Menurut ilmu kosmologi Islam, alam semesta berasal dari asap (dukhan) sebagaimana dijelaskan oleh firman Allah S.W.T.:

“Kemudian Dia (Allah) menunjukkan kehendak-Nya kepada penciptaan langit, sedangkan langit
ketika itu masih berupa asap.. .”
(Surah Fussilat: 11)

“Apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada
asalnya bercantum(sebagai benda yang satu), lalu Kami (Allah) pisahkan di antara kedua-duanya dan Kami jadikan daripada air tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?”

(Surah al-Anbiya’: 30)

Ayat di atas menghuraikan bahawa alam semesta sebelum kejadiannya adalah berbentuk paduan dari satu jisim yang wujud hasil paduan (ratq) gas-gas dengan debu-debu angkasa yang disebut sebagai dukhan. Jisim ini kemudiannya berputar ligat disebabkan tekanan dari pusatnya, menghasilkan tekanan yang menyebabkan berlakunya letupan dan menghancurkan jisim berkenaan. Pecahan dari jisim ini seterusnya membentuk objek angkasa seperti penciptaan langit dan bumi. Objek angkasa ini akan terus bergerak dalam ruang angkasa sehingga waktu yang telah ditentukan. Pergerakan ini katakan sebagai proses pengembangan alam secara berterusan yang mana mutakhir ini masih terdapat banyak penemuan-penemuan baru objek angkasa melalui penyelidikan aero-angkasa. Dengan kemampuan aqal manusia dan teknologi yang terbatas, penciptaan bumi menunjukkan kebesaran Allah S.W.T. di alam ini. Firman Allah
S.W.T.:
“Dan langit itu Kami (Allah) bina dengan kekuasaan kami (dalam bentuk binaan yang kukuh) sedangkan sesungguhnya kami benarbenar berkuasa. Dan bumi pula kami hamparkan (untuk kemudahan kamu mendiaminya), maka kamilah sebaik-baik yang menghamparkannya. “
(Surah al-Dhariyat: 47-48)

Kandungan

Dari ruang angkasa lepas, bumi dapat dilihat sebagai satu jasad berwarna biru, perang dan hijau, iaitu kesan daripada warna-warna lautan daratan dan tumbuh-tumbuhan bumi. Di bahagian luar lapisan bumi terdapat tanah untuk kediaman, pertanian, gunung-ganang dan tanahtanah pamah yang dikenali sebagai kerak bumi iaitu litosfera, kemudian diikuti oleh permukaan lautan (hidrosfera), lapisan batu-batan yang kaya dengan galian (mesosfera) dan lapisan yang paling dalam iaitu pusat bumi. Kerak bumi lebih nipis di dasar laut iaitu sekitar 5 kilometer. Kerak bumi terbahagi kepada beberapa bahagian dan bergerak melalui pergerakan plat tektonik (teori
hanyutan benua) menghasilkan gempa bumi. Bumi mempunyai lapisan udara (atmosfera) dan
medan magnet (magnetosfera) yang melindung permukaan bumi daripada angin suria, sinaran
ultra merbahaya dan radiasi dari angkasa lepas bagi membolehkan sebarang kehidupan. Lapisan
udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap
angkasa lepas.
Atmosfera bumi mengandungi gas-gas nitrogen sebanyak 75%, oksigen (23%), karbon dioksida dan gas-gas lengai (2 %). Atmosfera kekal di sekeliling bumi disebabkan tarikan graviti. Lapisan ini semakin tumpat pada paras purata laut dan menipis apabila semakin tinggi. Pembahagian lapisan atmosfera adalah mengikut kadar ketumpatannya, bermula daripada lapisan troposfera, stratosfera, mesosfera, themosfera dan Eksosfera. Atmosfera menjadi penting bagi bumi dan penghuninya disebabkan:

1. Kandungan atmosfera mengandungi gas yang
sesuai untuk pernafasan.
2. Lapisan atmosfera menapis sinaran matahari
yang merbahaya dari sampai ke bumi.

3. Lapisan atmosfera membantu memerangkap haba daripada sinaran matahari dan ini membantu menyeimbangkan suhu permukaan bumi. Perbezaan suhu yang kecil di antara waktu siang dan malam adalah di antara ciri-ciri penting untuk mem-bolehkan kehidupan wujud di muka bumi.

4. Molekul dalam atmosfera membantu menyerakkan cahaya matahari ke persekitaran, menjadikan panorama bumi begitu indah.Lapisan ozon, setinggi 50 kilometer, wujud di lapisan Stratosfera dan Mesosfera. Ia merupakan sejenis gas hasil rangkaian 3 atom oksigen atau trioksigen (O3) yang dapat melindungi manusia daripada sinaran ultra-lembayung matahari yang merbahaya, terutama terhadap kulit dan sistem pelalian manusia.
Walau bagaimanapun sejak beberapa dekad yang lalu, melalui kajian yang dijalankan didapati lapisan ozon semakin nipis. Kajian saintifik menunjukkan penipisan ini berpunca daripada
karbon klorofluro (CFC) yang terbebas ke udara dan akan memasuki stratosfera, di mana CFC
akan dihuraikan menjadi unsur klorin yang aktif sehingga dapat merosakkan lapisan ozon dengan cara memusnahkan molekul ozon. CFC merupakan bahan kimia digunakan sebagai gas penyejuk dalam peti sejuk, alat penghawa dingin.

Bumi mempunyai 1 satelit asli iaitu bulan. 70.8% permukaan bumi diseliputi air. Udara Bumi terdiri daripada 78% nitrogen, 21% oksigen, dan 1% wap air, karbon dioksida, dan gas lain. Bumi dianggarkan mempunyai teras dalam bumi yang terdiri daripada besi nikel beku setebal 1,370 kilometer dengan suhu mencecah 4,500°C, diselitupi pula oleh teras luar yang cair setebal 2,100 kilometer, diselitupi pula oleh mantle silika padu setebal 2,800 kilometer membentuk 83% isipadu bumi, dan akhir sekali diselitupi oleh kerak batu silika hampir 100 kilometer tebal.

• Puncak tertinggi : Gunung Everest (8,848 meter)

• Lautan terdalam : Mencecah 10,924 m

• Tasik tertinggi : Tasik Titicaca

• Tasik terbesar : Laut Caspian

• Lautan terbesar : Lautan Pasifik.

• Berat jisim Bumi : 59,760 juta juta tan

• Ketumpatan Bumi : 5,500 kilogram setiap meter persegi

• Pengukuran Graviti Bumi : 10 N kg-1

• Keluasan Bumi:

• Lebih 2/3 kawasan Bumi dilitupi oleh air

• 12% daripada kawasan Bumi merupakan padang pasir.

• Keseluruhan: 510.073 juta km2

• Daratan: 148.94 million km2 (29.2%)

• Lautan: 361.132 million km2 (70.8%)

• Sempadan daratan: 251,480.24 km

• Persisiran pantai: 356,000 km

Sistem Peredaran

Bumi bergerak mengelilingi matahari pada kelajuan purata 30 km/s dalam orbit berbentuk elips. Dalam pergerakan ini, bumi akan berada di titik terjauh daripada matahari iaitu afelion lebih kurang pada 4 Julai dan berada di titik terdekat (perihelion) pada 4 Januari setiap tahun. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer. Sehari di Bumi bersamaan 24 jam dan setahun di bumi bersamaan 365.25 hari.

15 february 2009




Ini adalah pertama kali aku menulis dlm blog nie..tujuan aku menulis adalah bagi member maklumat mengenai makhluk-makhluk yg terdapat di alam semesta ini amnya dan bumi khasnya....









VISI : menyampaikan maklumat mengenai alam flora dan fauna serta mistik di muka bumi









obJektif : supaya kita sebagai manusia akan lbh faham tentang siapa DIRI kita DI DUNIA ini.






Adakah kita di dunia ini mengenali haiwan2 yg terdapat di sekeliling kita? Tidak banyak kita pahamkan? Jadi utk post pertama ini, biarlah kita mengenali bumi terlebih dahulu...