PlaneT kingDom

Sunday, May 17, 2009

ermmm

laamakk x upd d ctok..yalah....ermm...mcm2 nak dipolah ngan kerja baru tok..tok pun curi masa....

ahhahah..x tauk pa nak ditulis...kelak jak la upd....

Tuesday, April 21, 2009

selipar...HARAm




pic tok yg aku perolehi dr seorg kwn aku terk... lahh

diat2 ktk org mcm ni sidak tok(spa2 yg berkenaanlah) menghina agama kita...

erm kenak la mcm tok..kt tok x pernah nak mempertikaikan agama sapa2 pun...mun aku mcm yalah..respect juak aku ngan agama org lain...

ermm perhati mena2 pic tok k....
so arap jgn la kt beli brg macam tok...x tauk la pa tujuan sidak tok...

Monday, April 20, 2009

AWAS!!!!!!! Serunding KHINZIR>>>

Serunding daging babi di pasaran negara jiran kita dan pelancong negara ini diminta berwaspada apabila makan sewaktu berkunjung ke Indonesia.

Penemuan lima jenama 'abon' (serunding) dan daging dendeng siap makan yang dibuat daripada babi di pasaran disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia, lapor Bernama.

Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia yang melakukan ujian DNA ke atas 35 jenama serunding dan daging panggang yang dijual di pasaran di Jakarta, Jambi, Bogor, Semarang, Surabaya dan Bandung, mengesahkan kandungan daging babidalam lima jenama.

"Sebenarnya tekstur serat babi lebih tidak kelihatan kerana banyak mengandungi lemak. Oleh itu, kita menguji di makmal dengan menggunakan alat bernama the real-time PCR (tindakan berangkaian polimera)," ketua badan itu Husniah Rubiana dipetik berkata.Menurut sebuah akhbar negara itu Republika, jenama-jenama itu ialah:Dendeng/abon sapi (lembu) gurih cap Kepala Sapi 250 gram Abon/dendeng sapi cap Limas 100 gram (keluaran syarikat palsu)Abon/dendeng sapi asli cap ACCDendeng sapi istimewa berjenama Beef Jerky Lezaaat (keluaran MDC Food Surabaya)Dendeng sapi Istimewa No 1 cap 999 (keluaran S Hendropurnomo Malang).

Husniah dilaporkan berkata satu daripada jenama itu didapati menggunakan tanda halal yang kononnya dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia (MUI), manakala pengeluar lain menggunakan nama syarikat milik orang lain, menggunakan alamat tidak benaratau tidak tercatat pengeluarnya.Umat Islam - yang menggemari makanan itu termasuk kalangan anak-anak yang sukakan roti berisi serunding - boleh membezakan produk daripada babi yang warnanya lebih muda berbanding warna daging lembu dan serat babi juga lebih lembut, lapor agensi berita Malaysia dari Jakarta.

MUI dan Jabatan Kesihatan yang melakukan pemeriksaan mendapati para pengeluar itu pada mulanya mengakui menggunakan daging lembu tetapi setelah diuji didapati positif daripada babi.

seMak Streamyx anda...

Jika streamyx anda tidak boleh access ke internet,berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil sebelum meminta kakitangan TM datang ke rumah anda.

Ya lah kalau sikit-sikit komplen ke 100 dan tunggu TM dayang check mungkin kita terlambat membuat kerja penting sedangkan kemungkinan kerosakan adalah berpunca dari peralatan kita sendiri.
Silap-silap kena ambil cuti pulak.

1. Pastikan talian telefon anda mempunyai dial tone. Periksa kabel telefon anda dan pastikan semuanya di sambung dengan betul.

2. Pastikan telefon anda boleh bekerja (boleh dial keluar dan panggilan masuk)

3. Pastikan sambungan di splitter anda betul. Modem disambungkan ke ruangan modem dan telefon disambung ke ruangan telefon. Jangan terbalik. Di splitter tersedia gambar modem dan telefon.

4. Pastikan bayaran bil anda up to date.

5. Periksa modem anda:- adakah ia telah di "on" kan?- Lampu DSL menyala dengan tetap dan tidak berkelip-kelip- Lampu "LAN" menyala, jika tidak periksa LAN AREA CONNECTION anda di control panel networking, pastikan ia "enable" atau periksa sambungan kabel ethernet dari modem ke komputer disambung dengan betul atau kemungkinan Network Interface Card (NIC) rosak.

6.Jika masih tidak boleh access ke internet, cuba sambungkan kabel telefon anda (RJ11) dari modem terus ke soket tanpa disambung ke splitter atau microfilter atau router atau apa-apa peranti lain. Jika lampu "DSL" anda stabil kemungkinan ada kerosakan kepada internal wiring atau peranti-peranti tadi.Bila perlu panggil perkhidmatan pelanggan TM?- Jika telefon anda tiada tone.- Jika lampu "DSL" di modem anda tidak menyala atau berkelip-kelip. Baca popup mesej di komputer anda, jika ada.-

Jika lampu "DSL" modem anda stabil tetapi masih tidak boleh disambung ke internet.

Sumber : STREAMYX INFO

Sunday, April 19, 2009

Petua tradiSioNaL

SaLam sEmuA......

ari tok aku nak br petua2 tradisional org melayu....mcm2 ada nak.....so toklah antara2 petua yg saya maok share ngan tak org.....K...erm org tua lamak marek ni ada berubat panadol berubat antibiotik.....semua nya petua...yalah org tua lamak marek n belia2 dolok2 kuat (nang kuat.....)agik antibodinya...ada ubat ori nak...so enjoy la petua2 tok..
akan ada agik kelak....petua2 yang akan dikongsi ngan takorg...

1. MENURUNKAN BERAT BADAN

Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
· Caranya : sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.
Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.


2. ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL

Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.


3. TEPUNG UBI PENAWAR RUAM

Cara yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah dengan melumurkan tepung ubi selepas mandi. Pastikan bahagian-bahagian utama yang menjadi sasaran serangan ruam seperti di leher, punggung dan dada di lumur.


4. UBATI SAKIT DADA

Ambil beberapa ulas halia. Tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya. Ambil satu biji telur ayam kampung. Keluarkan kuningnya sahaja. Campurkan bersama madu lebah tulin. Kacau rata-rata dan minum setiap pagi sebelum sarapan.


5. HILANGKAN URAT DI KAKI

Bagi ibu-ibu yang mengandung mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin. Di sini, ada satu petua untuk mengatasi maalah ini, ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala. Atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan. Atau, anda boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.


6. RASA GARAM DALAM MASAKAN

Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda berpuasa. Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih garam.


7. SIMPAN KELAPA PARUT

Masukkan kelapa dalam tapisan. Letakkan di atas periuk yang berisi air panas. Biarkan wap itu masuk ke dalam kelapa.


8. MENGHILANGKAN KEDUT

Wanita yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua. Terutamanya di bahagian muka, kerana muka adalah bahagian yang mula-mula menjdi tumpuan pandangan seseorang. Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan kedut-kedut yang mula berjinak-jinak di muka anda? Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di muka asalkan anda rajin melakukannya. Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.


9. PENYERI MUKA

Selain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan yang boleh dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah, cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan the tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.


10. GARAM UBATI SAKIT GIGI

Sakit gigi memang amat menyeksakan.Apa lagi kalau terkena di tegah malam. Hendak ke klinik mungkin klinik tutup. Jadi anda terpaksa menanggung sakit sampai ke pagi. Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit gigi menimpa anda. Petua ini elok dilakukan bagi menghindar dari terkena sakit gigi. Caranya, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.


11. MULUT BERBAU

Mulut berbau tentu menimbulkan masalah apabila hendak bercakap dengan seseorang. Untuk mengatasinya, cuba ikut petua ini. Ambil tujuh helai daun sirih. Racik halus, kemudian diramas dengan semangkuk air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu. Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.

kenak serang demam SeJuk

aduhhhh...lelah nyawa ku entam demam sejuk tok...wuuhhh.....da la berapa ari gik kerja d cmcc tok...tokla 1st tim aku demam mena2
....sejuk..tp bdn bepeluh2 jak...nyimbur jak tilam ku basah....
terpaksa bertkr tilam tamnya...ya br nyimbur............. selimut basah...seluar rasa org kak joging jak...
tp bgn pg tok tek...wahhh...nyaman jak rasa bdn... rasa melayang2 jak bdn....
ermm aku setiap kali nak demam mestla aku polah mcm ya.....
pat haba nya hilang dr bdn n kuar...cuba jak tak org..............
ermmm....
so ari tok aku nak rehat jak.....
ahhhhh..................
ermmmmm salam

Wednesday, April 15, 2009

AL Kisah Sang haRiMau

so sik maok lari dr tujuan asal blog tok ditubuHkAn..so ari tok kita pastikan tauk pasal rimo..ermm so rimo tok memangnya ganas...nama pun naluri binatang nak...besa la....tp sejaik2 rimo tok x nya mkn anak....jg nya juak anak nya...kecuali bila rimo domain (rimo berkuasa kwsn ya..leboh kpd DO...)






Harimau tergolong dalam kerajaan haiwan dalam filum kordata (bersaraf tunjang), sub-filum vertebrata (bertulang belakang), kelas mamalia (berdarah panas, berbulu dengan kelenjar menyusu), susunan maging (Carnivor), keluarga felidae (kucing), genus panthera, spesies tigris (harimau).


Harimau biasanya memburu mangsa yang agak besar seperti rusa sambar, kijang, babi, kijang, kancil, tetapi akan memburu haiwan kecil seperti landak sekiranya ketiadaan mangsa.

Terdapat enam sub-spesies harimau dalam Genus Panthera yang masih hidup pada masa sekarang dari jumlah asal sembilan sub-spesies harimau moden. Tiga sub-spesies harimau yang selebihnya telah pun dianggap pupus secara rasmi. Sub-spesies harimau yang diketahui adalah seperti berikut:-

Harimau Siberia (Panthera tigris altaica) - atau juga dikenali sebagai Amur, Ussuri, Harimau Timur Laut China, atau harimau Manchuria. Harimau Siberia tinggal di kawasan hutan hujan dan padang rumput China, Korea Utara, dan Asia Tengah di Russia. Sub-spesies ini merupakan yang terkuat di antara semua jenis kucing liar di dunia.


Harimau Siberia beraksi


Harimau Cina Selatan (Panthera tigris amoyensis) - yang tinggal di kawasan hutan hujan dan padang rumput tengah dan barat Republik Rakyat China. Harimau ini pernah digelar oleh Mao Zedong sebagai satu ancaman kepada keselamatan orang ramai.

Harimau Indochina (Panthera tigris corbetti) - yang terdapat di kawasan hutan hujan dan padang rumput Malaysia, Kemboja, Republik Rakyat China, Laos, Myanmar, Thailand, dan Vietnam.

'Harimau Benggala (Panthera tigris tigris) - yang terdapat di kawasan hutan hujan dan padang rumput Bangladesh, Bhutan, Republik Rakyat China, India, dan Nepal.

Harimau Sumatra (Panthera tigris sumatrae) - yang tinggal hanya di kepulauan Sumatera.

Harimau Malaya (Panthera tigris jacksoni) - yang terdapat di kawasan Semenanjung Malaysia. Sehingga tahun 2004, harimau Malaya tidak diiktiraf sebagai sub-spesies yang berbeza, sebaliknya dianggap sebagai sub-spesies Harimau Indochina.

Harimau Bali (Panthera tigris balica) - yang telah pupus sekitar 1937. Harimau Bali pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan kepulauan Bali, Indonesia.


Harimau bali (Panthera tigris balica-saintipik pun nama)


Harimau Jawa (Panthera tigris sondaica) - yang telah pupus sekitar 1972. Harimau Jawa pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan kepulauan Jawa, Indonesia.

nama SsainTipiK : Panthera tigris sondaica Range: Indonesian Island of JavaAverage

Berapa beRat

Female: 75-115kg (165 - 253 pounds)

Male: 100-141kg (220 - 310 pounds)Size (Length):

Female: Unknown Male: 2480mm (8'-3")

Diet: All tigers are carnivorous. Tiger prey consists mostly of pigs, deer, antelope, buffalo and other large mammals, although tigers have been known to hunt smaller mammals and birds.

Gestation Period: 100-100 Days (Averaging 103 Days)

Cub Maturity: 18 months - 2 YearsCubs Per Litter: (Usually 2-3 cubs) Cubs are born blind and weigh 2-3 pounds.

Lifespan: Tigers live for 10-15 YearsPredators: Unknown, ManSocial Structure: Solitary (except during Mating Season)Territory

Size: Unknown. Today tigers occur in parts of India, Manchuria, China, Indonesia and Russia (Siberia). Conservation Status: Extinct since the 1970's.




Harimau Kaspia atau Harimau Parsi (Panthera tigris virgata) - yang telah pupus sekitar 1950an. Harimau Caspian ini pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan dan padang rumput Afghanistan, Iran, Mongolia, Turki, dan kawasan Asia tengah Russia.